Kasturi Homestay terletak di Lot 4210, Kampung Parit Haji Omar Laut, Api-Api Pontian, Johor. Homestay ini agak istimewa dan berlainan sedikit daripada homestay-homestay yang lain di kawasan sekitar Daerah Pontian kerana ianya adalah sebuah rumah dua pintu, dimana setiap pintu mengandungi 2 bilik dan satu bilik air.
Dengan ini, Kasturi Homestay ini amat sesuai untuk penginapan keluarga yang besar dimana lelaki dan perempuan boleh diasingkan. Malah ianya juga sesuai untuk rombongan atau konvoi kenduri kahwin, penginapan kontinjen pasukan sekolah dan sebagainya.
Di Kasturi Homestay ini, masalah parking bukanlah satu isu yang besar kerana dihadapan homestay ini ada ruang parking yang luas. Ruang parking ini boleh memuatkan sekurang kurangnya dua biji bas, jadi jikalau anda berkonvoi...tentulah ianya bukan lagi menjadi satu masalah.Kasturi Homestay ini hanya terletak 10 minit sahaja dari bandar Pontian. Maka memang sesuailah Kasturi Homestay ini dijadikan penginapan sementara jika berkunjung ke Pontian.
![]() |
| Pondok kecil yang terdapat disana sesuai untuk beristirehat dan ambil angin petang. |
![]() |
| Ruang tamu |
![]() |
| ruang makan yang selesa |
![]() |
| bilik tidur yang cantik |
Jadi jika anda bercadang untuk mengunjungi Pontian, jangan lupa untuk menginap di Kasturi Homestay ini kerana anda akan menikmati suasana kampung yang sebenarnya. Tenang aman damai jauh dari segala kesibukan dan kekalutan manusia.
Butiran lanjut mengenai Kasturi Homestay
Harga : RM 150.00 untuk sehari semalam
Alamat Kasturi Homestay : Lot 4210, Kampung Parit Haji Omar Laut, Api-Api Pontian, Johor
Alamat Kasturi Homestay : Lot 4210, Kampung Parit Haji Omar Laut, Api-Api Pontian, Johor
Tel : En Rahmat 019-7553969 atau Pn Nor Fatha 019-7100341




